SEXY BODIES
Sama seperti manusia, CS juga mempunyai bentuk ‘badan’ yang berbeza-beza.
Badan (block) yang panjang menunjukkan kekuatan belian atau jualan. Lebih panjang badan CS, menunjukkan makin kuat tekanan belian atau jualan terhadap pair tersebut.
Badan yang pendek pula menunjukkan keadaan jual dan beli yang agak lemah dan tidak kuat.
Dalam bahasa Forex, Bulls bermaksud pembeli dan Bears bermaksud penjual.
CS PUTIH yang panjang menunjukkan tekanan BELIAN yang kuat terhadap pair tersebut . Ia menunjukkan KENAIKAN harga yang mendadak dan agresif dalam pasaran. CS HITAM yang panjang pula adalah sebaliknya di mana ia menunjukkan PENURUNAN harga yang agresif. Manakala CS hitam yang pendek menunjukkan penurunan harga yang kurang agresif.
BAYANGAN MISTERI (MISTERIOUS SHADOW)
BAYANGAN MISTERI (MISTERIOUS SHADOW)
Shadow adalah ibarat ‘kesan tapak kaki’ bagi pergerakan harga pasaran. Ia bermakna harga pernah melalui paras tersebut sebelum berpatah balik ke atas atau ke bawah.
Upper dan Lower Shadow bagi CS memberikan klu yang penting tentang sesi dagangan.
Upper Shadow menunjukkan sesi yang tinggi dan Lower shadow menunjukkan sesi yang rendah.
CS dengan shadow yang panjang menunjukkan aksi dagangan yang telah pergi jauh daripada open atau close price.
CS dengan shadow yang panjang menunjukkan aksi dagangan yang telah pergi jauh daripada open atau close price.
CS yang memiliki shadow yang pendek pula menunjukkan aksi dagangan yang ‘bermain-main’ berhampiran dengan open atau close price.
• Jika CS mempunyai LONG UPPER SHADOW dan SHORT LOWER SHADOW, bermakna pembeli telah membuat belian matawang base secara agresif dan membuatkan harga naik semakin ke paras yang sangat tinggi. Tetapi pada satu masa, apabila harga telah mencapai tahap yang tinggi, datang pula ‘si penjual’ (BEARs) yang membuat jualan secara agresif terhadap pair matawang ini yang menyebabkan harga kembali turun sehingga menghampiri harga open tadi.

• Jika CS mempunyai LONG LOWER SHADOW dan SHORT UPPER SHADOW pula bermaksud sebaliknya iaitu penjual telah membuat jualan matawang base sehingga ke tahap yang jauh lebih rendah berbanding harga open. Setelah harga turun semakin rendah dan semakin jauh, datang lah ‘si pembeli’ (BULLs) yang membuat pembelian yang sangat mendadak sehingga menolak kembali harga ke atas menghampiri open price.
No comments:
Post a Comment