BAHAGIAN 3

CANDLESTICK

Sunday, April 19, 2009

INVERTED HAMMER & SHOOTING STAR

- Inverted Hammer dan Shooting Star juga mempunyai bentuk fizikal yang sama.

- Apa yang membezakan kedua pattern ini adalah kedudukan mereka iaitu Inverted Hammer berada di downtrend dan Shooting Star berada di uptrend.

- Berbeza dengan Hammer dan Hanging Man yang mempunyai Long Lower Shadow, Inverted Hammer dan Shooting Star pula mempunyai Long Upper Shadow serta sedikit Lower Shadow atau tiada langsung.

INVERTED HAMMER

- menunjukkan harga yang sedang menurun, dan mempunyai kemungkinan untuk berlaku reversal (berpatah balik ke uptrend).

- Long Upper Shadow menunjukkan bahawa buyers berusaha membawa harga naik lebih tinggi. Namun sellers bertindak melawan keadaan tersebut dan menekan kembali harga turun ke bawah. Tetapi buyers agak kuat dan berjaya mengawal harga dari ditutup lebih rendah. Melihat keadaan ini, sellers tidak lagi berani meneruskan urusniaga, dan akhirnya yang tinggal hanyalah BUYERs!! Yang menyebabkan harga akan mula reverse dari downtrend ke uptrend.

SHOOTING STAR

- berbentuk yang sama dengan inverted hammer tetapi ia terbentuk semasa keadaan pasaran uptrend.

- Keadaan ini selalunya menunjukkan akan berlaku reversal kerana semua buyer telah ‘terbunuh’ oleh kekuatan sellers yang tidak membenarkan harga terus naik.

No comments:

Post a Comment