- HAMMER dan HANGING MAN kelihatan sangat serupa. Namun ia sebenarnya sangat berbeza.
- Bergantung kepada price action yang sebelumnya.
- Keduanya mempunyai real body yang kecil dan lower shadow yang panjang, serta upper shadow yang kecil atau langsung tiada.
HAMMER
- adalah bullish reversal pattern yang kelihatan semasa downtrend.
- Selepas Hammer kelihatan, selalunya trend akan berubah menjadi uptrend kerana Hammer (mempunyai long lower shadow) selalunya menunjukkan kekuatan ‘sellers’ menekan harga ke bawah. Tetapi ‘buyers’ datang lalu menolak kembali harga ke atas dan close pada paras yang hampir dengan open.
- Hanya kerana anda melihat terbentuknya Hammer tidaklah bermakna anda harus terus mengambil posisi BUY tetapi ada beberapa kriteria lain yang perlu di ambil kira sebagai kepastian yang sebenar contohnya apabila melihat CS selepas Hammer close pada harga yang lebih tinggi daripada harga open CS sebelumnya.
- Hammer tidak mengira sama ada body berwarna hitam atau putih. Asalkan ia mempunyai real body yg kecil, long lower shadow serta short upper shadow atau upper shadow yang tidak kelihatan langsung, ia boleh dikatakan sebagai Hammer.
HANGING MAN
HANGING MAN pula adalah bearish reversal pattern yang selalunya menandakan uptrend akan berubah menjadi downtrend.
Kriteria Hanging Man;
- Long lower shadow sekurangnya 2-3 kali ganda lebih panjang daripada body.
- Upper Shadow yang pendek atau tiada.
- Tidak kira real body hitam atau putih tetapi jika real body hitam adalah menandakan akan kemungkinan berlaku bearish lebih kuat berbanding body putih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment