BAHAGIAN 3

CANDLESTICK

Sunday, April 19, 2009

ENGULFING

- ENGULFING adalah keadaan di mana dua CS yang berlainan trend berada bersebelahan, di mana CS yg kedua adalah lebih besar daripada CS yg pertama.

- Keadaan ini juga menunjukkan akan berlaku reversal pada trend tersebut.

- Terdapat dua jenis engulfing iaitu Bullish Engulfing dan Bearish Engulfing.

BULLISH ENGULFING

- BULLISH ENGULFING menunjukkan kemungkinan reversal berlaku daripada downtrend kepada uptrend.

- Selalunya ia terbentuk di dasar downtrend.


BEARISH ENGULFING

- BEARISH ENGULFING pula selalu berada di top uptrend di mana ia menandakan akan berlakunya reversal kepada downtrend.

INVERTED HAMMER & SHOOTING STAR

- Inverted Hammer dan Shooting Star juga mempunyai bentuk fizikal yang sama.

- Apa yang membezakan kedua pattern ini adalah kedudukan mereka iaitu Inverted Hammer berada di downtrend dan Shooting Star berada di uptrend.

- Berbeza dengan Hammer dan Hanging Man yang mempunyai Long Lower Shadow, Inverted Hammer dan Shooting Star pula mempunyai Long Upper Shadow serta sedikit Lower Shadow atau tiada langsung.

INVERTED HAMMER

- menunjukkan harga yang sedang menurun, dan mempunyai kemungkinan untuk berlaku reversal (berpatah balik ke uptrend).

- Long Upper Shadow menunjukkan bahawa buyers berusaha membawa harga naik lebih tinggi. Namun sellers bertindak melawan keadaan tersebut dan menekan kembali harga turun ke bawah. Tetapi buyers agak kuat dan berjaya mengawal harga dari ditutup lebih rendah. Melihat keadaan ini, sellers tidak lagi berani meneruskan urusniaga, dan akhirnya yang tinggal hanyalah BUYERs!! Yang menyebabkan harga akan mula reverse dari downtrend ke uptrend.

SHOOTING STAR

- berbentuk yang sama dengan inverted hammer tetapi ia terbentuk semasa keadaan pasaran uptrend.

- Keadaan ini selalunya menunjukkan akan berlaku reversal kerana semua buyer telah ‘terbunuh’ oleh kekuatan sellers yang tidak membenarkan harga terus naik.

HAMMER & HANGING MAN

- HAMMER dan HANGING MAN kelihatan sangat serupa. Namun ia sebenarnya sangat berbeza.

- Bergantung kepada price action yang sebelumnya.

- Keduanya mempunyai real body yang kecil dan lower shadow yang panjang, serta upper shadow yang kecil atau langsung tiada.

HAMMER

- adalah bullish reversal pattern yang kelihatan semasa downtrend.

- Selepas Hammer kelihatan, selalunya trend akan berubah menjadi uptrend kerana Hammer (mempunyai long lower shadow) selalunya menunjukkan kekuatan ‘sellers’ menekan harga ke bawah. Tetapi ‘buyers’ datang lalu menolak kembali harga ke atas dan close pada paras yang hampir dengan open.

- Hanya kerana anda melihat terbentuknya Hammer tidaklah bermakna anda harus terus mengambil posisi BUY tetapi ada beberapa kriteria lain yang perlu di ambil kira sebagai kepastian yang sebenar contohnya apabila melihat CS selepas Hammer close pada harga yang lebih tinggi daripada harga open CS sebelumnya.

- Hammer tidak mengira sama ada body berwarna hitam atau putih. Asalkan ia mempunyai real body yg kecil, long lower shadow serta short upper shadow atau upper shadow yang tidak kelihatan langsung, ia boleh dikatakan sebagai Hammer.


HANGING MAN

HANGING MAN pula adalah bearish reversal pattern yang selalunya menandakan uptrend akan berubah menjadi downtrend.


Kriteria Hanging Man;

- Long lower shadow sekurangnya 2-3 kali ganda lebih panjang daripada body.

- Upper Shadow yang pendek atau tiada.

- Tidak kira real body hitam atau putih tetapi jika real body hitam adalah menandakan akan kemungkinan berlaku bearish lebih kuat berbanding body putih.

Thursday, April 16, 2009

DOJI


o DOJI adalah CS yang tidak mempunyai real body. Jika ada sekalipun, ia tersangatlah kecil.
o Body nya adalah merupakan satu garisan kecil sahaja.
o CS jenis ini menunjukkan bahawa open dan close price adalah sama atau sangat hampir.
o Ada beberapa bentuk Doji yang sering kelihatan di dalam platform.
o Apabila Doji menunjukkan ‘rupanya’ dalam carta, ini bermakna anda harus mula berhati-hati dan memberikan tumpuan kepada trade anda dan melihat kepada CS yang sebelumnya.
o Jika CS sebelumnya adalah merupakan CS putih yang panjang seperti rajah, maka ia selalunya bermakna kuasa pembeli semakin lemah.

o Jika usaha untuk meneruskan kenaikan harga ingin dilakukan, ia memerlukan terlalu ramai pembeli untuk memastikan ia berjaya.
o Pada waktu sebegini, seller selalunya bersiap sedia untuk memasuki pasaran.
o Walaubagaimanapun, jika Doji terbentuk, tidak semestinya kita harus terus melakukan urusniaga SELL sebaliknya kita harus tunggu sedikit lagi dan melihat CS seterusnya close pada paras lebih bawah daripada open price CS putih yang panjang ini.

o Berlaku sebaliknya jika Doji terbentuk selepas CS hitam yang panjang, ia bermakna kuasa ‘seller’ semakin lemah.

o Namun untuk melakukan urusniaga BUY, kita harus menunggu CS yang seterusnya close pada paras lebih tinggi daripada harga open CS hitam yang panjang.

MARUBOZU

 CS yang tidak mempunyai sebarang shadow.

 Tidak mengira CS hitam atau putih, marubozu bermakna High dan Low price adalah sama dengan open dan close price.

 Terdapat dua jenis Marubozu:


MARUBOZU PUTIH

o Marubozu putih mempunyai real body putih yang panjang tanpa shadow.

o Open price adalah sama dengan Low price dan Close prise adalah sama dengan High price.


o Menunjukkan keadaan di mana pembeli menguasai pasaran untuk keseluruhan sessi tersebut.

MARUBOZU HITAM


o Marubozu Hitam pula mempunyai real body hitam yang panjang tanpa shadow.

o Open price adalah sama dengan High price dan Close price adalah sama dengan Low Price.


o Keadaan ini menunjukkan ‘seller’ menguasai pasaran bagi keseluruhan sessi dagangan tersebut.

SPINNING TOP

CS yang mempunyai Upper Shadow yang panjang dan juga Lower Shadow yang panjang, serta real body CS yang kecil ditengahnya, dipanggil sebagai SPINNING TOPS.


 Tidak mengira warna real body putih atau hitam.


 Pattern jenis ini menunjukkan keadaan ‘teragak-agak’ (indecision) bagi kedua-dua pembeli dan penjual.


Contoh seperti rajah di bawah:

 Real body yang kecil (sama ada berwarna hitam atau putih) menunjukkan hanya berlaku pergerakan yang kecil antara open dan close.


 Shadow pula menunjukkan keadaan “tarik tali’ antara pembeli dan penjual yang akhirnya menunjukkan tiada siapa yang menang


 Jika Spinning Tops berada dalam trend menaik (UPTREND), ia selalunya bermakna ramai pembeli akan ‘pulang ke rumah’ dan kemungkinan berlaku reversal adalah sangat tinggi.


 Begitu juga sebaliknya apabila Spinning Tops berada dalam Downtrend, ia bermakna ramai penjual pula akan meninggalkan pasaran dan kemungkinan market akan reverse adalah sangat tinggi juga.

PATTERN ASAS CANDLESTICK

Candle Stick (CS) mempunyai beberapa pattern yang menarik yang memberikan klu dan bayangan mengenai pergerakan pasaran seterusnya.

Seterusnya kita akan mempelajari patern-pattern ini bagi menguatkan lagi bacaan arah pasaran kita.

Antara patern CS yang sering terbentuk dalam carta adalah:

- Spinning Top
- Marubozu
- Doji
- Hammer
- Hanging Man
- Shooting Star
- Inverted Hammer

MAri kita teruskan sesi pembelajaran kita.. ;->

SEXY BODY & STRANGE SHADOW





SEXY BODIES

 Sama seperti manusia, CS juga mempunyai bentuk ‘badan’ yang berbeza-beza.

 Badan (block) yang panjang menunjukkan kekuatan belian atau jualan. Lebih panjang badan CS, menunjukkan makin kuat tekanan belian atau jualan terhadap pair tersebut.

 Badan yang pendek pula menunjukkan keadaan jual dan beli yang agak lemah dan tidak kuat.

 Dalam bahasa Forex, Bulls bermaksud pembeli dan Bears bermaksud penjual.
 CS PUTIH yang panjang menunjukkan tekanan BELIAN yang kuat terhadap pair tersebut . Ia menunjukkan KENAIKAN harga yang mendadak dan agresif dalam pasaran.

 CS HITAM yang panjang pula adalah sebaliknya di mana ia menunjukkan PENURUNAN harga yang agresif. Manakala CS hitam yang pendek menunjukkan penurunan harga yang kurang agresif.

BAYANGAN MISTERI (MISTERIOUS SHADOW)

Shadow adalah ibarat ‘kesan tapak kaki’ bagi pergerakan harga pasaran. Ia bermakna harga pernah melalui paras tersebut sebelum berpatah balik ke atas atau ke bawah.

Upper dan Lower Shadow bagi CS memberikan klu yang penting tentang sesi dagangan.

Upper Shadow menunjukkan sesi yang tinggi dan Lower shadow menunjukkan sesi yang rendah.
CS dengan shadow yang panjang menunjukkan aksi dagangan yang telah pergi jauh daripada open atau close price.

CS yang memiliki shadow yang pendek pula menunjukkan aksi dagangan yang ‘bermain-main’ berhampiran dengan open atau close price.




• Jika CS mempunyai LONG UPPER SHADOW dan SHORT LOWER SHADOW, bermakna pembeli telah membuat belian matawang base secara agresif dan membuatkan harga naik semakin ke paras yang sangat tinggi. Tetapi pada satu masa, apabila harga telah mencapai tahap yang tinggi, datang pula ‘si penjual’ (BEARs) yang membuat jualan secara agresif terhadap pair matawang ini yang menyebabkan harga kembali turun sehingga menghampiri harga open tadi.


• Jika CS mempunyai LONG LOWER SHADOW dan SHORT UPPER SHADOW pula bermaksud sebaliknya iaitu penjual telah membuat jualan matawang base sehingga ke tahap yang jauh lebih rendah berbanding harga open. Setelah harga turun semakin rendah dan semakin jauh, datang lah ‘si pembeli’ (BULLs) yang membuat pembelian yang sangat mendadak sehingga menolak kembali harga ke atas menghampiri open price.

Wednesday, April 8, 2009

PENGENALAN CANDLESTICK

- Dalam bahagian ini kita akan mempelajari lebih terperinci mengenai CandleStick (CS).

- Pada suatu masa dahulu, Teknikal analisis ini digunakan oleh masyarakat Jepun untuk dagangan beras.

- Seorang warga barat bernama Steve Nilson telah menemui teknik rahsia tentang bagaimana untuk membaca CS ini dari seorang rakannya, pedagang Jepun. Steve membuat kajian, dan mula menulis serba sedikit mengenai CS ini. CS ini seterusnya secara perlahan-lahan menjadi semakin popular sekitar era 90-an.

- Di dalam bahagian yang lepas, kita telah mempelajari serba sedikit mengenai CS. Jadi kita akan menyambung secara lebih terperinci di dalam bahagian ini.

Rajah CS :